Friday, March 9, 2012

It's Frustrating...

(Saya tak boleh tido, jadi arini saya nak merapu sedikit di sini... bukan sedikit sebenarnya, nak buat cerpen...)


FIZIK PERUBATAN...


Wow!! Kalau orang tanya aku amek course ape mase kat u dulu, itu yang aku jawab... fizik perubatan... orang lain yang first time dengar course nie memang akan rasa... wow!!! Diorang akan rasa hebatlah kalau amek course nie... bunyik memang nak dekat2 dengan perubatan... jadi, pada orang yang kurang dengar sikit macam aku, akan dengar yang ujung je... perubatan... jadi, timbul lagi satu soalan... doktor ke? 


Wah! Andainya course itu yang aku ambil dulu, aku rase aku takde lagi dalam dunia nie.... sebab ape?? Sebab tak tahan dengan stress yang melampau... course yang aku ambik dulu pun bagai nak gila aku rase.... 


Memang tidak dinafikan, dulu aku memang minat dalam bidang bio... kalau cikgu tanya masa kat sekolah rendah dulu, dah besar nanti nak jadi ape? Jawapan aku... nak jadi DOKTOR... Hmph!! Cakap memang la senang, tapi bila dah semakin nak menghampiri cita-cita nak jadi doktor tu, semakin kurang kebarangkalian nak jadi doktor tu tercapai... 


Bila dah cakap pasal bio nie, aku nak cerita sikit la macam mana aku boleh tersangkut dengan si Fizik nie kan.... sejak dari sekolah menengah lagi, aku memang dah tak suka pada si Fizik nie... kononnya dah jatuh cinta la pada si Bio tu kan... tapi kenapa ek? Setiap kali ujian atau exam, tak pernah markah si Bio nie lagi tinggi dari si Fizik... mesti si Fizik yang lebih tinggi markahnya... padahal aku lebih study si Bio dari si Fizik....


Jadi, sampai ke sudah la begitu... mase dapat result SPM, markah si Fizik tetap lebih tinggi dari si Bio...  walaupun satu aje beza grednya, tapi tetap markah si Fizik lebih tinggi dari si Bio... si Fizik 3, si Bio 4... memang masa mula2 dapat result tu, aku sendiri tak percaya... sebab aku rasa si Fizik lagi susah dari si Bio...


Jadi, perjalanan hidupku diteruskan di matrikulasi... oleh kerana markah si Fizik lebih tinggi dari si Bio, maka aku ditempatkan di dalam aliran Sains Fizik... i'm a bit disappointed... walaupun memang dah tau dari awal aku ditempatkan di situ...


Nak dijadikan cerita, adalah seorang guru nie menyatakan... kepada sesiapa yang nak tukar aliran, boleh ambik borang kat HEP... aku sangat excited... kerana peluang aku nak 'bercinta' dengan si Bio masih lagi ada... aku pun pergilah ambik borang kat HEP bersama kawan karibku di sekolah menengah... nak hantar borang pun aku hantar dengan dia... dia pun nak tukar aliran ke Sains Hayat jugak.... kiranya borang aku ngan dia, atas bawah la kan....


Pada suatu hari, guru tersebut menyatakan lagi... siapa yang dah mintak nak tukar aliran tu, semuanya dah diluluskan... sekali lagi aku excited... tetapi, macam ade rase sedikit tidak senang di situ... besoknya, aku pun pergilah menge'check' namaku di papan kenyataan... masih lagi di aliran yang sama... tidak bertukar... aku tanya pada kawan karibku itu, dia kata... dia dah bertukar ke Sains Hayat... aduh! gedebuk aku jatuh... tidak... hatiku yang jatuh sebenarnya... kuciwa lagi!!!


I called my mother... "Omma, tak dapat..."... and then, my omma suruh pergi tanya kat HEP... 




(eh... ngantuk pulak... esokla sambung merapu.... hehehe....)

4 comments:

  1. eheee.
    time matrik pun kt mintak tukar hayat jugak..
    dua kali tu..
    dua2 kene rejek..
    sudahnye tersangkut dgn fizik smpai sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, kamu juga begitu?? tak pernah pulak dengo kamu bercerita tentangnya... hehehe...

      Delete
    2. ye sy pun sm..
      beria2 isi borang mintak tukar..
      sedih bukan kepalang ms kne rijek tu

      Delete
  2. nampaknya aku sorang je yang dah dapat hayat gatai pi tukaq pijik..
    sayang sungguh la kat pijik tu..
    skang aku yg merana

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...