Friday, February 17, 2012

Gag Concert...

(Kusangkakan...panas... berpanjangan... rupanya gerimis... rupanya gerimis... mengundang... ang... ang... ang... ang... kah3... ape kes pulak aku nyanyi lagu nie... nie dak Jeep la nie ngajo... hehe, sori Jeep, main2 je...)

Alamak, sekarang ni aku tengah giler Korea la pulak... tapi more kepada variety show... tapi yang ade kat KBS World je la aku tengok... kalau nak tengok kat internet... hmm... haram 'laju'....

Antara variety show yang aku tengok adalah Happy Together, Dream Team, Music Bank, One Night Two Days, Invincible Youth, Immortal Songs pun aku tengok jugak... banyak lagi la kat KBS World tu... tapi yang paling aku minat Gag Concert la...

Oleh kerana aku suka pada benda-benda lawak macam Raja Lawak, Maharaja Lawak semua tu kan... aku terjatuh hati la pada si Gag Concert nie... tapi kan... mana boleh aku terjatuh hati macam tu je kat Gag Concert nie... mestilah ada makhluk yang aku minat kat dalam tu... ngeh3...

Ok, nak citer sikit pasal Gag Concert nie... rancangan nie bersiaran pada pukul 6.03pm hingga 7.23pm setiap hari Rabu... ada banyak sketsa la dalam citer nie... lebih kurang dalam 10 sketsa kot... ade yang best ade yang tak best la... kat bawah nie adalah antara sketsa2 yang aku suka....

SEOULMATE

Sketsa ini mengisahkan tentang cara-cara untuk menjadi orang Seoul...


Yang kiri sekali adalah orang yang diajar untuk menjadi orang Seoul, kiranya dia tu macam orang kampung la... yang tengah tu ajar cara-cara menyebut perkataan dengan betul.... yang kanan sekali tu pulak kata, kalau nak jadi orang Seoul, kat hujung ayat mesti diakhiri dengan pitch yang tinggi... yang dua orang nie nak mengajar orang lain, tapi diorang sendiri tak betul jugak... 

Aku siap hafal lagi perkataan-perkataan yang diorang selalu cakap dalam sketsa nie... hehe...

Ok, dia nielah makhluk yang aku minat tu....


Suka pulak tengok mata dia yang kuyu tu... hahaha... 


KAMSAHAMNIDA

Yang nie aku tak tau nak citer macam mana... tapi kelakar la jugak...diorang akan menceritakan kisah2 yang membuatkan diorang rasa ber'terima kasih'... tapi dalam versi lawak punya la...




FULL HOUSE

Sketsa ini mengisahkan seorang ibu tunggal yang mempunyai seramai 9 orang anak... mereka tinggal di dalam sebuah rumah yang sangat sempit... aku pun tak paham la macam mana nak hidup dalam rumah sesempit ini... hok yang tergantung tu, anak sulung... yang bongsu baby lagi... mak dia dukung kat belakang...


Dalam sketsa nie pulak, aku suka tengok si kembar nie...


Walaupun mereka ini tak hensem, tapi oleh kerana mereka adalah kembar.... nampak comel pulak diorang nie... 


REAL-T

Sketsa nie pulak menceritakan tentang perkara-perkara dalam drama yang tak mungkin berlaku dalam dunia realiti... mula2 diorang akan tunjukkan scene dalam drama, lepas tu diorang akan tunjukkan scene yang sama jugak tapi dalam dunia realiti... 



EMERGENCY MEETING

Sketsa ini menceritakan polis dan tentera membuat satu mesyuarat tergempar bagi membubarkan orang ramai di sesuatu tempat yang dikhuatiri telah diletakkan bom... tapi mesyuarat nie tak pernah dapat cari jalan penyelesaiannya...



Itulah antara sketsa2 dalam Gag Concert nie yang aku suka... ada banyak lagi sebenarnya, tapi malas pulak nak cari gambar... hehe... dulu Gag Concert nie macam tak pemes sangat... tapi, semenjak dua menjak tiga menjak diorang menang award nie... rating dia terus naik... 

Lagi satu yang best dalam Gag Concert nie, diorang selalu ada 'guest artists'... jadi artis2 tu pun kena la berlakon komedi macam diorang nie... itu yang best tu, kadang2 diorang tak dapat nak tahan gelak kat atas stage tu...

Oklah, itu saja... annyeong!!!

3 comments:

  1. aku suka tgk gag konsert gak!!!!
    fav aku pakcit polis dalam EMERGENCY MEETING tu..
    dia cakap laju tak henti2..
    macam mana la dia hafal skrip..
    (andwe!!)

    ReplyDelete
  2. Haah... aku suka tengok jugak dia tu... semenjak menang award nie, makin pemes lak die... kadg2 tak sempat nak tengok subtitle pasal laju sgt dia ckp... haha...

    ReplyDelete
  3. ya betul!
    aku kadang2 tak sempat pum nk baca subs,
    laju bebnor dia cakap..
    tapi aku gelak je..
    mmg hebat la dia hafal skrip

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...