Hari ini genap 2 minggu ayah pergi menghadap ilahi. Rasa macam tak percaya, tapi itulah realitinya. Kali pertama aku melihat jenazahnya, aku hanya terdiam, terkedu. Lama-kelamaan air mataku mengalir juga.
Tujuan post ini ditulis adalah kerana aku ingin mengucapkan kata-kata ini. Kata-kata yang tidak pernah ku ucapkan semasa hayatnya masih dikandung badan.
"SELAMAT HARI LAHIR, AYAH!!!"
Moga ayah tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...
AL-FATIHAH....
13.11.1959 - 30.10.2011
No comments:
Post a Comment